|
|
| Thursday, 27-Nov-2008 15:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
"DUIT"
|
|
Setiap orang dalam dunia ni dah ditakdirkan untuk punya masalah. Kalau masalah dalam Islam dirujuk sebagai suatu ujian @ musibah yang terjadi dalam kehidupan harian manusia. Kalau takde masalah aku rase kita dekat dunia ni memang takde cabaran la jawabnya... hehehe.. (takde masalah bukan orang namanya..). Sebab hidup yang KLISE maka susah orang nak appreciate ape yang kita pernah lalui sepanjang kehidupan.
Photographed & edited by ahmadhakimi-cobaan.....
Aku ni membebel bukan sebab aku pakar dalam kehidupan bermasalah. Tapi aku suka dengar masalah yang orang lalui. Dalam banyak-banyak masalah, masalah yang paling orang banyak hadapi apa lagi kalau bukan duit. Takde duit memang kita susah nak hidup. NAK KAWIN, NAK PAKAI KERETA, NAK BELI RUMAH... Ah.. Senang cerita asal kita kata NAK je, MUSTI MAU PAKAI DUIT! Mencari duit lebih memang amat dialu-alukan, tapi kita kena 'ingat orang disekeliling kita'. Jangan kita menjadi hamba kepada duit.
Tapi aku nak tegaskan dekat sini, JANGAN KITA SANGKA DUIT BOLEH BERI KEHIDUPAN YANG SEMPURNA.. Ingatlah orang yang tersayang yang memerlukan perhatian sepanjang kehidupan kita yang sementara di dunia yang fana nie....
AHMADHAKIMI
Member of DIGITAL HARMONY
Emel : hancusbana@gmail.com
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-Nov-2008 16:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
"DESPATCH TAK BERTAULIAH"
|
|
credit to raihana zulkafli
Dulu aku rase keje-keje despatch ni memang dah diklasifikasikan untuk orang yang memang suka naik motor aje. Merempit je kerjanya. Tapi dekat bandar jela yang banyak kan. Jarang nak dengar ada 'pion' dekat kawasan sunyi macam dekat KUARTERS KLIA. Aku ingat kerja sebagai technician ni tak payah heran pasal nak berkejar hantar surat ke tempat lain. Tapi tak sangka pulak jadi dekat diri aku. Yelah... Mentang-mentang la aku duduk dekat Putrajaya, maka secara automatiknya aku diamanahkan untuk menhantar surat ke HQ. Dekat Putrajaya jugakla..Apa la nasib aku ni. Dahla tak ada elaun tambahan untuk aku, milege pun banyak mana la sangat. Hehehe...
Hari nie, seperti rutin harian setiap minggu, aku kena hantar surat kat HQ. Lepas je rehat, aku pun bersiapla.. Aku baru teringat yang aku kena bagi laptop dekat apis balik.. Dalam perjalanan nak ke Putrajaya tu, aku tengok dari kuarters sampai ke Putrajaya tak lari langsung awan berkepul-kepul.. Langit biru... Hush.. Memang sangat menarik. Keadaan yang menenangkan sepanjang dalam kereta. Sampai dekat rumah, aku capai laptop. Teringat pulak dekat LANGIT & AWAN hari nie. Aku pun capai jugakla kamera aku. Aku sampai je HQ kerja berat dah menanti. Segala macam benda penuh dekat badan. Boleh aku tak terfikir yang hari nie memang badan aku penuh dengan beg. LAPTOP, CAMERA BAG, PORCH BAG, SURAT PERJANJIAN KUARTERS( adala tebal 2 buku kamus oxford tu) semua aku bawak sekali harung. Ya Allah, macam nak patah bahu aku. Lepas ni aku rase aku kena minimize kan barang yang aku patut bawak. Melainkan surat yang perlu aku hantar terus kat tempat yang sepatutnya.. LOTEH.....
| Quote: |
Hujung minggu nie Raja & Fiza dah nak menikah. Tak sangka aku yang diorang dah ditakdirkan untuk bersama jugak. Memang sungguh tak disangka... Sebab banyak kisah yang buat aku teringat pasal couple yang happening nie.SEMOGA IKATAN YANG DIBINA AKAN KEKAL SELAMANYA. Amin...
|
Photographed by ahmadhakimi
AHMADHAKIMI
Member of DIGITAL HARMONY
Emel : hancusbana@gmail.com
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 25-Nov-2008 16:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
YANG TERINDAH
|
|
Photographed by ahmadhakimi, Edited by hafiz a.k.a penembakt@kmati
| Quote: | semenjak kau hadir dalam hidupku
tiada lagi keresahan
kau menutup pintu hatiku
tanpa sedari hinggaku izinkan
kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
kau yang ilhamkan bahagia
hingga ku terasa indah
maaf jikaku tidah sempurna
jika bahagia mula menjelma
bila keyakinan datang merasa
kasih disambut dengan kejujuran
mencintai dirimu
merindui dirimu
memiliki dirimu
hingga akhir hayat bersama kamu |
Entry kali nie cuma aku nak sampaikan lagu yang aku suka dengar. Beratus kali pusing pun memang tak boring punya.. Tapi lagu macam nie untuk orang macam aku yang MAT KUNTUM je kot.. hahaha.. Mentang-mentangla aku buat public speaking dekat induksi hari tu pasal cerita SEPI, dan-dan je An, Mawi (CIDB Penang) & Lan (CIDB Perak) bagi aku nama ni. Ish.. Tapi as a friend aku akan tetap terima. Lagu ni rasanya tak ramai yang tau kecuali yang ada cd promotion untuk cerita I'M NOT SINGLE aje. Penyanyi pun tak ramai yang tau. DAKMIE ni kalau nyanyi memang tangkap leleh habis. Sekali kita tengok DAKMIE ni mesti kita ingat dia nie penyanyi rock. Tapi skali nyanyi lagu macam ni pulak.. Missed judge tidak baik untuk kehidupan. Tapi bila dia bawak lagu macam ni memang terasa 'hot' lagu ni. Terasa macam ada aura disitu...
AHMADHAKIMI
Member of DIGITAL HARMONY
Emel : hancusbana@gmail.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Nov-2008 15:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
'MALAS'
|
|
HARI KELUARGA BLOK C, FASA 4C, PRESINT 8, PUTRAJAYA
Photographed by AHMAD HAKIMI, Edited by HAFIZ a.k.a penembakt@kmati
Masuk hari ni je aku rase dah beribu kali aku kene bising dengan mak abah aku. "Lipat kain kimi! Ko ingat ko ada kuli dekat rumah ni ke.." Hehe.. Itu yang buat aku jadi malas sampai sekarang tu. Tapi dalam sudut hati kita sebagai seorang anak, mana ada yang sanggup nak dengar mak kita 'berkata-kata' benda yang sama bukan takat berpuluh kali, tapi BERIBU KALI dah.. Mestila aku nak buat jugak.. Dah baju aku kan. Sampai bila aku nak harap En. Aminudin & Pn. Noor Azian je..
Malas ni jugak mengingatkan aku pada Madam Ong tu. Dia memang selalu kata aku malas. Haha.. Memang melekat sampai sekarang. Dulu aku tak percaya yang seorang guru boleh ingat beribu anak murid yang diorang dah ajar. Tapi hakikatnya memang benar-benar belaka. Sampaikan cara jalan aku pun dia ingat. Dia boleh kata "Kimi, the way you walk still never change!" Memang terkejut aku dibuatnya. Nampak gaya memang dah ramai la yang kata aku ni malas. Tapi aku sentiasa memikirkan cara untuk aku jadi tak malas. TOLONGLAH PERCAYA BAHAWA APA YANG AKU KATA NI BENAR-BENAR BELAKA!!!!
AHMADHAKIMI
Member of DIGITAL HARMONY
Emel : hancusbana@gmail.com
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 23-Nov-2008 10:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
"COME BACK"
|
|
EX-STUDENT ACTIVITIES IN ZONE 2 SG CHONGKAK
]photgraph by AHMADHAKIMI, edited by HAFIZ a.k.a penembakt@kmati[
Sudah agak lama rasanya saya tinggalkan fp ini. Banyak masa dihabiskan dengan aktiviti yang tak habis-habis sampai sekarang ialitu aktiviti EX-STUDENT SMKAJ 2002 dan aktiviti dan INDUKSI KKR 2/2008. Tukar gambar, copy gambar dah jadi lumrah apabila sesuatu aktiviti dijalankan beramai-ramai. Terasa masa yang kita lalui sangat pantas meninggalkan kita. Sedar-sedar saja sudah lebih sebulan saya tinggalkan fp ini. Kepada yang mengikuti fp BACKUPSCENE ini saya ucapkan TERIMA KASIH DAUN KELADI.
Untuk aktiviti dengan x-student, tak sabar untuk menanti LANGKAWI TRIP. Huhu.. Memang tak sabar rasanya. Walaupun yang terlibat dalam aktiviti ni tak ramai tapi perasaan 'meriah gile' tu memang patut saya gunakan. Group induksi pun tak ramai. Biasanya 3 orang saja, tapi riuhnya macam sepuluh orang. Kalau sebut saja gather, dalam kepala mereka takkan fikirkan benda lain selain daripada KARAOKE. Untuk induksi lepas ni Suwaibah minta nyanyi lagu kumpulan Kertas - Kekasih Yang Tak Dianggap. Kita ni bila kawan-kawan dah minta, kenalah cuba tunaikan sebab kita jarang berjumpa.
Dalam melayari kehidupan tak pernah rasa seseronok ni. Tak pernah kita terbayang yang kita semua bersatu semula dan harap-harap benda baik yang kita mulakan tak akan mati setakat ni sahaja. Teman yang baik tidak semestinya selalu bersua, tetapi sentiasa tersemat di hati kenangan suka dan duka yang dilalui bersama walaupun ianya hanya sedetik waktu sahaja. Keabadian...
FOR EX-STUDENT ACTIVITES, HERE FOR YOU
AHMADHAKIMI
Member of Digital Harmony
Emel : hancusbana@gmail.com
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Oct-2008 13:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SELAMAT HARI RAYA!!!
|
|
Salam sejahtera.. Di hari yang mulia dan berbahagia ini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas salah & silap di masa silam. Mungkin kita tidak sedar yang kita telah membuat sesuatu kesalahan terhadap setiap makhluk Allah yang dikenali di muka bumi ini.. Ampun & maaf dipinta.. Adios...
THANKS TO MY MAK & ABAH COZ GIVING ME THIS NICE SCENE
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Sep-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ABAH THE BEST...
|
|
Terfikir dalam hati ni, boleh ke kite berjaya tanpa pengorbanan ibu bapa walaupun kadang-kadang kite tengok mereka macam duduk diam saja. Tapi itulah penangan ibu bapa yang sukar untuk dibalas walaupun kita tidak nampak keberkesanan mereka. Contohnya 'PSIKOLOGI'. Sebutan 'p' tiada dalam perkataan tersebut. Tetapi ianya cukup kukuh untuk digunakan dalam perkataan. SILENT 'P'..
credit to penembakt@kmati
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Sep-2008 16:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nikon D200 + 17-55mm
|
|
Bermulalah era Nikon D200 dalam hidup yang baru.. Terasa kepuasan dalam bergambar mengambil gambar berbanding sebelum. Family yang selama ni marah2, terus jadi happy bile tengok invest duit ke arah yang betul. Alhamdulillah.. Family support is very important.. Passion..
Tribute to D200
Nadia with vivid
Napi my bos with my nu-dua titik lapan
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Jul-2008 16:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Flora Fest 2008
|
|
Ini je rasenye gambar yang paling cantik yang aku amik. tu pun crop sket. tak tau la bile lagi nak hasilkan gambar yang berkualiti.. emh.. dalam hati, nak jugak gambar yang kite ambik ni terpampang dekat dada akhbar... mungkin 1 hari nanti. mane tau..
"tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu"
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Jul-2008 16:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Promo I,m Not Single & Estet
|
|
Gadis Pujaan Hatiku..
|
|
|
|